Friends


Hey guys so I'm back :)

So when I was working at Alamanda, I made a lot of friends. But most of them are guys la sebab waktu tu aku sorang ja perempuan so rasa macam dilindungi sikit ceh.  Less or more for one moth I worked there and trust me I gained a lot (not weight ok, i lost weight a lot kot sebab tak jaga makan!) So at first cam bese la masuk masuk je mesti diam gitu kan plus it was fasting month, penat tak terkata ya allah rasa nak pengsan pun ada hahah #goodoldays But after habis bulan puasa tu aku tetiba jadi aktif. Aku rasa semua orang dalam burger king tu aku kacau *gelak* Aku selalu rasa orang rasa menyampah sangat dengan aku sebab aku bising tapi lantakla aku tak nak sedih sedih dah la aku duduk jauh from home, kena kerja lagi. Mentally, I wasn't okay pun waktu tu sebab aku homesick teruk nak mampus. Dengan selalu kena marah dengan kakak aku lagi (don't tell her haha) Memang bertambah terukla homescik aku. I swear, aku go through every single days dengan perasaan nak menangis hari-hari. Sumpah aku cakap aku tak kuat gila time tu. But yeah shit happens, life must go on what. Lagipun aku yang nak kerja, so aku kena la hadapi masalah yang datang sebab itu pilihan aku kan :)

Then aku found out yang, the only way to escape from our sadness ni satu je. Kita kena happy. Macam tak make sense pulak ada ke tengah sedih pastu suruh happy?? That's it la kita kena carik something untuk buat hidup kita ni nampak sikit warnanya. Takde la gloomy je ko tu dahla malap, hidup pun hambar, tak rasa lifeless ke.........I don't know la budak budak kat sini pandang aku ni macam apa, macam budak-budak ke apa tapi aku tak buat benda yang bukan-bukan pun. Usik sikit-sikitla (Nama pun lelaki, kita gatal sikit dengan dia, dia layan ja) But it was fun!!!!!!!!!! Okay aku list kan eh, mula-mula masuk aku kenal zul, jaz, anep, daniel, ameer. Ha ni time krew sikit, bapak tak cukup tanah semua orang buat kerja. Aku rasa aku nak melalak je hari-hari sebab ramai gila customer!! Nak nak bulan puasa kan memang la ramai. Tapi I SURVIVED WEH SUMPAH AKU tak sangka aku setabah ni hehe

Jaz time ni mengantuk, time ni first time aku tengok rambut dia,
selama ni dia pakai tudung ke hoho hambarkan aku.

ni gais diaorang ni semua noob,
aku nak ambik gambar yang cam hipster tu tapi diaorang blur,
so takpelah ini lah hasilnya.

ok aku upload gambar ni sebab nak masukkan muka zul je.

Okay then ni la tahun first aku kena raya jauh daripada family (cam jauh je putrajaya dengan melaka...) Tapi serius weh syahdu gila rasa. Aku dah la tiap tahun raya kat rumah tetiba raya first kena kerja T_T Tapi quite fun la sebab time tu kerja kena pakai baju raya lepastu ada customer cina ni puji aku dia kata aku cantik. *sorry* Aku pun tersipu sipu malu lah aku takleh orang puji aku ni kahkah.

ni masa malam raya gais tengok muka anep 
*AKU NAK LETAK EMOJI KETAWA TAPI NI BUKAN TWITTER KE IG KE*

Okay korang dah tahu kan kenapa customer tu puji aku?

Okay inilah potret raya kami yang ditangkap oleh
pak guard mana tah aku kan tak tahu malu, aku main panggil je.


yang kiri tu tak payah kot tulis pape ha ni untuk Miss Farah. Thank you miss sebab layan kerenah saya yang macam budak budak ni. Saya masih tak boleh lupa kesedapan puding karamel yang miss buat khas untuk saya tapi orang lain pun boleh makan hehe. Tak sempat kan kita nak main boling lagi, saya rasa first time main memang saya loser, tapi second time main mungkin saya the winner. Anyway thank you sebab layan saya punya drama dekat burger king, sampai saya habis kerja pun tak habis lagi drama. Jangan sedih sedih okay saya tahu nak move on tu susah tapi kita kena teruskan kehidupan. Kita jangan bercinta lagi okay kita tunggu orang ketuk pintu tetiba bawak rombongan je okay hehe~ Don't worry, yang baik tu tengah on the way tu :) Pastu thanks jugak untuk Miss Jina sebab selalu tumpangkan saya. Saya nak bayar duit minyak haritu tapi terlupa sampai la sekarang....Walaupun kita serumah kita jarang jumpa (eh) shift pun banyak tak sama. Saya takut kadang-kadang dengan miss hehe sebab miss garang tapi miss funny and comel jugak kadang-kadang. (maksud saya funny tu yang kadang-kadang. comel tu sentiasa) ha gitu. Lepastu saya suka cekodok miss, saya punya cekodok tak sedap dan rangup macam tu pun??? :(

ni time pergi dataran putra dengan hazim,
kitaorang excited gila tengok kuda!!

Okay so lepas raya tu tetiba ramai gila pulak krew sampai aku rasa aku tak diperlukan lagi eceh. Time tu ada dua siblings ni, Hazim dengan Haziq tau. Memula aku selalu confuse mana satu hazim dengan haziq pastu haziq tu macam "M dulu baru Q" kerek gila time tu pastu aku cam hak alah pulak aku kesah mana satu keluar dulu hehe jk. Pastu aku start rapat dengan hazim sebab kitaorang #TeamCounter uollsss. Best gila duduk kaunter dengan Hazim sebab kitaorang berdua ni memang asyik bercerita je. ala rindu pulak :( Kalau buat kerja dengan hazim je aku mesti ada benda nak borak. Pastu gossip sikit la eh banyak la aku pun tak ingat. Masa first aku break saing Hazim aku ajak dia pergi beli tiket wayang lol time tu la dia cerita pasal dia, aku pun cam oooooooooooo cam tu eh kk faham. (Aku pun tak tahu aku nak sampaikan apa, baca je la eh) Tapi Hazim aku dah anggap cam abang aku dah, hi zim, nak jadi adik cayunk awk leyh x? Tapi we shared a lot of stories, aku harap kau tak lupa aku walaupun makin lama ingatan kita semakin pudar :') Hazim jaga kak shikin dengan hakim elok elok okay aku takkan lupakan kita berempat yang suka sangat bergosip. Dapat dengan kak shikin lagi la best, kitaorang dah la sama sama perempuan, memang gossip manjang. Ingat tak saya mintak roti kering....ok mungkin tak patut mention dalam ni tapi dah termention pun alah lek takde sape baca hahah

Time ni kitaorang paneh gilo,
pastu stop dekat kedai yang ada kipas. Ha ziq ni je la
kenangan yang kita ada sobz

Then aku rapat dengan Haziq sebab dia belanja aku choco stick tu tapi dia cakap tu bukan dia belanja, tu dia beli untuk dia, aku yang menumpang makan..........kahkah. Tapi before tu aku ada teman dia pergi beli kasut dekat Bata. Bukan temanla, aku yang tetiba ikut............. Lepastu haziq kata aku ni macam adik dia, adik dia tu darjah 3 kot tak silap aku. Aku cam.........Hello.............Aku dah 19 kot......Tapi lantaklah asalkan boleh ngam kan ziq kan :p Tapi haziq ni memang masuk air gila. Tapi okayla sebab aku pun lebey kurang je. Kadang-kadang aku rasa macam terover pun ada tapi mampus la...... Pastu kat haziq ni jugakla aku cerita aku punya kesedihan hoho macam over sangat la  aku ni tah apa yang disedihkannya *gelak* Pastu haziq pun cerita pasal kisah cinta dia yang erm........Aku tak nak la cakap pape tapi aku harap korang pandai settle sendiri k sape suruh couple HAHahHAHAa......aku gelak untuk diri sendiri gak tapi sokay biasala tu gaduh gaduh sikit kan, pepandai la settle ek haziq, moga kau berjaya dengan cemerlang, study kat melaka je kan boleh la lawat aku tapi aku nak pergi terengganu so tak payahla datang melawat okay? Kirim doa je k??? Haziq pun salah satu orang yang still keep in touch dengan aku. Yang lain tu bukan tak nak contact, kita keep in touch thru doa kan ;) 

Banyak pulak aku merapu.

Ni kenangan last kita cap~
jangan dilupakan daku~~

Lepastu aku kenal Acap. Memula acap ni nampak gila dia annoying dengan aku. Aku kan aku suka buat orang rasa annoying tau aku tak tahu la ni habit aku kot....Pastu hari kedua acap kerja, aku dengan dia pergi rooftop lepastu kitaorang cerita macam macam. Cap, kau kena tahu yang kau tu spesial dalam hidup aku lol. Aku excited gila bila dapat tahu Acap dengar lagu THE NEIGHBOURHOOD!!!!!!!!!!!WEH LIKE SAPE JE LAGI DENGAR LAGU DEPA!!!!!kome semua dok denga lagu aiman tino. Lepastu acap ni macam watak dalam novel rekaan dalam otak aku. You know, stuff macam suka tengok sunset, duduk rooftop, indie band, main skateboard, coolio, wARGh semua tu lah! Lepastu acap ni selalu encourage aku untuk belajar masak. Aku banyak kali cakap aku tak reti masak, tapi dia cam, "bukan kau tak reti, kau tak cuba, memangla," Then masa balik rumah je kan cap, aku terus buat cekodok hahahah tapi not bad la first time kot, kira okay la tu. Tapi aku la yang habiskan..... Tapi sedap so tak de pape untuk diargue kat sini. And Acap ni sangatla positif, I couldn't write la everything we shared together, tapi I like the way you appreciate life. Dan selalu sebarkan positive vibes tak kira di mana saja kita berada. Keep it up, cap. Aku harap one day 'Autumn' datang dalam hidup kau. Apa kan daya...Mungkin aku Winter, tapi yang kau cari ialah Autumn........ Ok next.

Okay dengan berat tangan aku menaip.......Next list is DaNnY!


Okay ini la budak paling pelik aku pernah jumpa. Aku tak nak tulis panjang panjang la pasal kau ni.......Aku takut keadaan lagi rumit. So ni je la untuk kau hahahahah.

And one of the bestest moment was..........Masa rev dapat A!!!!! Alhamdulillah~ Sumpah best gila, rasa paid off semua benda tau. Tapi hari tu jugak aku kena marah dengan customer mashaallah sabar je lah time tu pulak la aku kena marah cam cb sikit tapi aku kan tabah so aku teruskan hidup aku macam biasa. Biasalah, manusia ni macam-macam ragam.

Ni gais siap buat kenduri depan alamanda!

Gais aku nak mention sorang sorang pun payaaaaaaaaah tapi i remember each and everyone of you, kak shikin, kak yam (fav semua orang), bun, eras, didi, hakim, fatin...tu je kan. Thank you for this short memories but sure I'll only remember the good ones. Ada la sikit pahit getir ujian tu alah normal la tu kan. Also a part from growing up punya stuffs so rileks k!

Okay la I'm gonna show you guys my entry bila aku rasa kita semua dah jauh lol. For now aku sorang je lah baca hehe. Lama tak tulis merapu camni, I love this vibes tapi aku tak suka sebab selalunya aku rajin waktu pagi macam ni la -_-

Later I tulis benda yang berilmiah sikit okay i just miss everyone of you sobz





Comments

Popular Posts